Saya tertarik dengan komen dari seorang forumer di http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=63103#908830
Oleh Selampit.
Sebenarnya saya sendiri TIDAK SETUJU jika kerajaan mengambil langkah terlalu DRASTIK dalam pemotongan subsidi kerana ia boleh memberi reperkusi politik yang negatif. Tetapi dalam seperti ini kita mesti berfikir rasional dan praktikal. Soal pokok di sini ialah PERTAMBAHAN KADAR INFLASI ekoran dari kenaikan harga barang, yang akan menjejaskan kuasa beli rakyat. Akan tetapi kita kena ingat, jika pendapatan rakyat bertambah, maka kenaikan harga barang mungkin memberi impak yang minima terhadap kuasa beli. Jadi kerajaan kena fikir mekanisme untuk TAMBAH pendapatan rakyat. Tapi bagaimana? Dengan memastikan kadar KDNK (GDP) melompat naik. Semakin naik GDP, maka SEMAKIN BESAR kadar pertumbuhan ekomomi (economic growth). Pertambahan GDP bererti OUTPUT dan produktiviti sektor awam dan swasta BERTAMBAH, yang akan membolehkan mereka menggaji lebih ramai pekerja serta MENAIKKAN gaji dengan selesa. Betul, salah satu cara mengukuhkan kuasa beli (menekan inflasi) ialah mengekalkan subsidi, tetapi cara ini pada jangka masa panjang ada risikonya, iaitu perbelanjaan kerajaan bertambah kerana berbagai faktor seperti kenaikan harga pasaran minyak. Jika kos kerajaan meningkat maka; 1. Kerajaan tidak mampu bina infrastruktur yang boleh menambah serta menggalakan aktiviti perdagangan, pembinaan dan sebagainya seperti sistem pengangkutan, elektrik dan sistem telekomunikasi. Ini mampu melumpuhkan pelaburan asing. Siapa mahu melabur di negara sengkek? 2. Bila kerajaan tak dapat usik subsidi, maka untuk jana pendapatan kerajaan TERPAKSA usik sektor swasta dengan MENAIKKAN kadar cukai korporat. Sektor swasta pula akan mengalih beban itu kepada rakyat. Ini juga mampu melumpuhkan pelaburan asing. Siapa mahu melabur di negara yang kenakan cukai tinggi? 3. Jika keadaan terdesak, kerajaan mungkin terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini menyumbang kepada inflasi; atau kerajaan terpaksa TAMBAH HUTANG yang akan membebankan Negara. 4. Sektor sumber manusia terjejas kerana sumber kewangan kerajaan terbatas dan ini memberi kesan kepada bidang pendidikan sekunder dan tertiari. Kita akan kekurangan tenaga mahir dan separuh mahir. Ini juga mampu melumpuhkan pelaburan asing. Siapa mahu melabur di negara yang kemahiran komputer rakyatnya terhad kepada FACEBOOK sahaja? DAN BANYAK LAGI! Alternatif lain ialah tambah GDP dengan MEMBERI STIMULUS kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan di Negara kita, dan untuk itu kerajaan terpaksa berbelanja besar. Sebagai contohnya kerajaan mesti beri insentif kepada sektor perbankan dan kewangan supaya mereka dapat merendahkan kadar faedah. Jika kadar faedah rendah, maka sektor swasta mampu membuat pinjaman untuk menambah kecekapan kerja serta produktiviti. Ini kerana dalam ilmu ekonomi cara menambah GDP ialah; 1. Tambah jumlah tenaga kerja untuk menambah output dan produktiviti. 2. Tambah KECEKAPAN tenaga kerja untuk menambah output dan produktiviti. Kerajaan juga perlu kurangkan tarif dan duti import bahan mentah seperti bijih besi, simen dan sebagainya. Akan tetapi, untuk memastikan semua ini berjaya, satu lagi faktor yang SANGAT PENTING ialah kerajaan kena pastikan RASUAH dan KETIRISAN mesti dikurangkan ke tahap yang paling minima. Alahai...
Isnin, 23 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang melanggar peraturan dan berbentuk hasutan adalah dibawah tanggung jawab anda. Berani buat berani tanggung. Terima kasih