
Sedih dan sayu. Itulah yang mampu saya ungkapkan. Setelah berpuluh tahun mereka berniaga demi mencari sesuap nasi, hari ini segala yang diusahakan telah hancur, musnah. Bagaimana dengan nasib anak serta keluarga, bagaimana mereka ingin menyara kehidupan.
Inilah akibatnya bila kuasa ditangan digadaikan demi keadilan serta kesamarataan kononnya. Nah, keadilan apa yang telah mereka rasai. Tidakkah penyesalan kemudian hari boleh diumpamakan nasi telah menjadi bubur. Belum sampai 30 hari tahun baru 2010, telah banyak onar yang dilakukan oleh pemerintah baru yang dilabel setaraf dengan pemerintahan Khalifah Islam terkenal. Dimanakah suara pemimpin melayu beragama islam yang lain, baik parti pemerintah atau parti lawan. Apakah tanggung jawab anda semua yang telah diberi amanah, tetapi memilih untuk lari dan menikus. Pilihan ditangan anda selaku pemimpin yang menjadi tonggak serta harapan rakyat. Janganlah anda hanya akan berjumpa dan berkunjung bila tiba masa meraih sokongan dan undi. Kepada pemimpin BN, anda haruslah berlapang dada, belalah nasib mereka yang ditindas serta dizalami kerana inilah masanya untuk anda meraih kembali sokongan rakyat.
TGNA, jika mempertahankan hak saudara seagama dikatakan assobiyah, maka tindakkan TGNA membela jemaah, membela anak menantu hendak dikategorikan sebagai apa pula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang melanggar peraturan dan berbentuk hasutan adalah dibawah tanggung jawab anda. Berani buat berani tanggung. Terima kasih