Sabtu, 30 Januari 2010

Mana pendedahan YBK yang dijanjikan Khalid?


sumber :-www.mykmu.net

Akaun Yayasan Basmi Kemiskinan adalah kemaskini dan laman web menyiarkan akaun hingga terbaru untuk 2008. Bagi akaun 2009, ia lazimnya memerlukan sedikit masa untuk disedia dan diodit untuk dihebahkan.

Sebaik saja YBK menjawab tuduhan melulu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa YBK tidak menyediakan dan odit akaun selama 5 tahun, dia menjadi malu dan gelabah.

Pelbagai helah baru direka dan diucapkan dalam siri ceramah politik PKR yang dibuat dengan perbelanjaan negeri atas pentas kononnya siri cermaah Penerangan bersama rakyat. Khalid turut berjanji akan mendedahkan sesuatu pada akhir bulan Januari.

Setakat Jumaat Januari 29hb, tiada lagi pendedahan yang dibuat.

Khalid masih terkial-kial berkata akan declassify dokumen lama untuk tunjuk berapa banyak sumbangan kerajaan negeri kepada YBK.

Semua orang sedar kerajaan negeri dahulu banyak menyumbang wang, tanah dan lain-lain sokongan kepada organisasi yang membantu masyrakat seperti YBK. Isunya Khalid perlu buktikan ada penyelewengan.

Nyata dan Jelas

Yang nyata dan jelas setakat pagi Sabtu ini adalah beberapa perkara.

Pertama, satu laporan polis dan SPRM telah dibuat beberapa minggu lepas terhadap Khalid dan Rodziah di atas salahlaku menyalahguna kuasanya sebagai Menteri Besar dan Ketua Eksekutif kerajaan Selangor memaksa dia diterima sebagai Pengerusi YBK.

Selain itu, mereka menuntut tiga lagi tempat dalam Lembaga Pemegang Amanah (Trustee) YBK untuk menguasai empat dari enam tempat dalam Lembaga Pemegang Amanah YBK dan dengan demikian, mengambilalih pentadbiran YBK.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini, kerajaan mengambilalih badan sukarela NGO.

Kedua, untuk mencapai tujuan itu, Khalid menggunakan kuasanya sebagai MB untuk mengugut akan mengambilalih sebahagian tanah kepunyaan YBK yang tertunggak cukai jika tuntutan mereka tidak dilayani.

Sepanjang pentadbiran kerajaan BN, pihak kerajaan sentiasa mencari jalan untuk tuan punya tanah yang tertunggak cukai dapat menjelaskan. Mereka membenarkan tuan punya tanah memberi pelbagai cadangan dan mencari kata sepakat untuk menyelesaikan masaalah.

Walaupun dibenarkan mengikut undang-undang, merampas tanah untuk dilelong dan selesaikan cukai tanah adalah cara terakhir (“last resort”) yang jarang sekali digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masaalah sedemikian.

Khalid nampaknya suka menggunakan cara ini terhadap suatu badan sukarela yang merupakan pemegang amanah untuk membantu rakyat miskin. Secara tidak langsung, ini bermakna Khalid telah mengugut dan akan merampas harta kepunyaan rakyat miskin.

Ketiga, laporan polis juga baru dibuat pada Jumaat Januari 29hb terhadap MB kerana membuat fitnah yang semata-mata bertujuan politik.

Laporan kewangan YBK adalah kemaskini dan memenuhi keperluan undang-undang. Pihak kerajaan negeri juga bukanlah pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau badan seperti YBK.

Walaupun kerajaan negeri pernah menyumbang kepada organisasi ini, mereka tidak ada hak dan ruang kuasa untuk membuat sebarang tuntutan terhadap YBK, terutama sekali kalau sumbangan mereka tidak ada mensyaratkan laporan tertentu diberikan kepada kerajaan.

Khalid pula tidak menjelaskan dalam kenyataan akhbar atau secara bertulis kepada YBK dimana kesalahan dalam laporan kewangan YBK. Sebaliknya dia mengatakan demikian di atas pentas ceramah politik PKR bahawa laporan kewangan yang disediakan YBK bukan laporan kewangan yang sah.

Ternyata ini semua adalah permainan politik untuk memburuk-burukkan BN dengan cara memburukan YBK. Isu mengenai YBK tidak ada asas undang-undang atau peraturan kerja kerajaan.

Keempat, sehubungan dengan yang disebut sebelum ini, Khalid bukan saja memburuk-burukkan YBK. Jika dia tidak dapat membuktikan sebarang kesalahan dan penyelewengan terhadap YBK dan membuat tindakan selanjutnya, dia boleh dianggap melakukan criminal defamation terhadap YBK.

Dalam lain kata, Khalid telah salah tuduh sebuah entiti yang sah dari segi undang-undang melakukan kesalahan atau jenayah. Perbuatan buruk dan keji yang lahir dari permainan politik dengki dan dendam Khalid yang tidak mengenal batas dilakukan ke atas sebuah badan sukarela yang membantu rakyat termiskin dalam Selangor.

YBK telah membantu dan membela kebajikan pendidikan lebih 3,000 penuntut miskin yang sebahagian besar dari mereka telah mendapat pengajian tinggi di IPT dan keluar menjadi profesyenal. Belum diambilkira program-program lain YBK.

Akhir dan kelima, Khalid telah menafikan rakyat kawasan Serendah peluang untuk membangunkan kawasan luar bandar ini.

Projek pembinaan UiTM sebanyak RM300 juta ini mempunyai pelbagai limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan untuk masa dekat semasa pembinaan projek itu dan juga kegiatan ekonomi tempatan untuk jangka masa panjang.

Dalam berbuat demikian, YBK dapat meraih aliran pendapatan yang kekal dan berpanjangan sepanjang pulohan tahun projek ini digunapakai UiTM. Pendapatan ini akan dapat digembelingkan semula untuk membantu rakyat miskin berbilang kaum.

Batu sebiji dari projek ini bukan saja mengena dua tiga burung tapi turut melansaikan hutang cukai.

Khalid menyedari perkara ini dalam reaksinya terhadap keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengubah projek UiTM tersebut ke Melaka. Katanya, kerajaan negeri tidak rugi tetapi rakyat yang rugi.

Oleh sebab egonya, dia turut berkata bahawa pihak kerajaan negeri tidak akan merayu supaya projek ini dikekalkan di Serendah.

Khalid ingat untung

Sebenarnya keputusan dan pendelatan yang dibuat oleh Khalid hanya merugikan semua pihak – kerajaan, rakyat dan kawasan yang terlibat. Yang untung hanya politik murahan Khalid untuk jangka masa pendik.

Tetapi politik sedemikian tidak akan berkekalan kerana Khalid masih perlu menunjukkan bukti berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa dalam YBK. Politik dengki dan dendam sedemikian yang tidak akan menguntungkan sesiapa tidak pernah dapat kekal, walaupun banyak mana permainan persepsi dilakukan untuk tuduh menuduh dan menyalahkan kerajaan yang lepas.

Rakyat sudah muak dengan politicking dan hanya mahu lihat perlaksanaan dibuat dan janji ditunai. Ini telah dimanifestasikan dalam bancian terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan populariti Khalid telah menurun. Pihak yang membanci adalah pihak propembangkang.

Khalid tahu bahawa kerajaan pimpinannya tidak dapat menunaikan janji pilihanraya dan namanya sudah begitu busuk, maka dia perlu pastikan usaha baik pihak BN dikekang. Banyak mana permainan politik murah digunapakai, akhirnya rakyat akan sedar slogan untuk rakyat yang gemar sekali diguna oleh Pakatan Rakyat hanya dusta dan slogan kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang melanggar peraturan dan berbentuk hasutan adalah dibawah tanggung jawab anda. Berani buat berani tanggung. Terima kasih